Tuesday, February 26, 2008

Lagi kes salah urus tadbir, Kerajaan rugi RM 4 billion

Source : M' Today
Image : Net


Kerajaan Pusat sekali lagi melakukan kesilapan dalam hal urus tadbir dan kewangan negara, apabila penganugerahan semula projek landasan berkembar Ipoh-Padang besar telah menyaksikan peningkatan kos hampir separuh dari harga asal.

Menurut sumber Utusan Malaysia, kos asal RM 8 billion telah meningkat kepada RM 12.5 billion sekali gus menyaksikan peningkatan kos hampir RM 5 billion. Jika projek ini diteruskan semasa mula-mula ia dicadangkan sudah pasti peningkatan kos yang ketara ini dapat dibendung.

Tengah hari tadi, Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Husam Musa yang juga merupakan calon PAS bagi DUN Salor telah mengadakan sidang media khas berkenaan dengan projek landasan keretapi berkembar yang dilihat beliau sebagai satu lagi kes kelemahan Pak Lah dalam mentadbir negara.

Menurut Husam, pada tahun 2004 Perdana Menteri, dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan projek ini dan pada waktu itu kos 4 bilion lebih rendah dari kos sekarang yang diperbaharaui.

"Kononnya pembatalan itu boleh menjimatkan wang negara dan juga mengelak projek mega yang jadi ikon bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini saya telah keluarkan kenyataan ketika itu bahawa projek ini adalah bagus untuk masa depan negara kita sebaba akhirnyab ia akan menghubungkan negara kita, Thailand dan juga China," katanya.

Menurut Husam lagi, projek ini boleh memberikan kemasukan besar pelancong dari Cina namun apa yang dipersoalkan cuma mengenai kos yang begitu besar yang sepatutnya boleh dijimatkan jika satu tender terbuka dipanggil.

Selain itu PAS tidak bersetuju dengan cara penganugerahan kontrak tanpa tender terbuka sebaliknya runding terus ketika itu, katanya.

READ MORE HERE

No comments: