Friday, March 28, 2008

Latihan Separa Perubatan _SPA

Source : Via Email

NAMA JAWATAN LATIHAN, KOD SKIM DAN BIASISWA

JURU X-RAY PELATIH, 2970, RM621.21

JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA)PELATIH, 2072, RM621.21

JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA)PELATIH, 2073, RM621.21

JURURAWAT PELATIH, 4310, RM621.21

JURURAWAT PERGIGIAN PELATIH, 3314, RM621.21

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN PELATIH, 2613, RM621.21

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN PELATIH, 3306, RM621.21

PEMBANTU FARMASI PELATIH, 4533, RM621.21

PEMBANTU PERUBATAN PELATIH, 2354, RM621.21

PEMBANTU PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN PELATIH, 2751, RM621.21

Pengumuman Latihan Separa Perubatan

Bagi calon yang layak akan di beri surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di laman web SPA.

Calon baru yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) tidak perlu mengisi borang SPA8 atau sebaliknya. Sahlaku permohonan adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut

Untuk calon KPSL , boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada SPA dengan menyatakan No KP dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

a) Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

LATIHAN BERTARAF SIJIL

Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut..

i) Jururawat Masyarakat Pelatih
ii) Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih
iii) Pembantu Kesihatan Awam Pelatih

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bhasa Malaysia pada peringkat SRP atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Alamat Surat-Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 - 8885 6000

For more info: Click Here

No comments: